KOPI RADIX MAI SECAWAN

Wednesday, July 7, 2010

KOPI RADIX MAI SECAWAN....





Radix Satu Kajian & Testimoni

Radix Satu Kajian

Oleh : Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA


Radix telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran. Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah Radix itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?

Kopi Pra-campuran ini mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak. Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan Kopi Radix ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari. Persoalannya, adakah ia tidak memberi keburukkan kepada si peminum?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini maka saya (Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad) ingin mengupaskan perbincangan ini dengan tajuk ” Radix satu kajian”

Apakah itu Radix?

Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix . Radix terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.’/


Kenapa memilih akar/Radix?

Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsur Tanah, Air, Api, dan Angin.

Mekanisme tindakan Radix dalam tubuh.

Di sini saya (P.U) merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah, bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.

Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH.

Bagaimana Radix digunakan bagi pesakit kencing manis?

Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, persoalannya bagaimanakah Kopi Radix yang mengandungi gula itu boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah?

Mari kita sama-sama memahami, umum tahu, gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana itu, ia tidak seimbang, maka ia akan menganggu keseimbangan organ tubuh untuk berfungsi. Sehubungan itu, permasalahan ini dapat kita lihat kesannya selepas pengambilan gula putih setengah jam selepasnya, sistem imuniti akan menurun 40-50%(kajian). Ia juga akan menjadikan sel-sel beta didalam pancreas mula tidak peka untuk pengeluaran insulin. Akhirnya gula putih sebentar tadi membanjiri darah dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula merupakan satu keputusan yang kurang bijak, ini adalah kerana ia akan menghilangkan tenaga tubuh. Sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius serta boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta dan gangrene.

Keadaan kencing manis ini, mudah untuk diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur tadi iaitu penyakit terjadi kerana ketidakseimbangan unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya bukanlah satu kaedah yang tepat, sebalik kembali kepada pengambilan herba. Tidak Allah jadikan tumbuh-tumbuhan ini sia-sia.

Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi rawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:

Teja Lawang —– Aromatik —– Api
Larak —– Astringen—– Tanah (kelat)
Tebu Gajah —– Manis —– Air
Tongkat Ali —– Pahit —– Angin

AL FALAH ON LINE SHOP




Anda hanya perlu berikan saya 10 minit sahaja masa berharga anda untuk saya sampaikan pesanan yang amat penting ini!

SET BERSALIN HPA - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin HPA adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita

yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-


  • Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk
  • Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
  • Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
  • Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
  • Menghilangkan sakit batu meriyan.
  • Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
  • Membantu melawaskan pembuangan air besar.

  • Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.


kekalkan petua tradisional zaman berzaman dengan cara yang lebih ringkas dan moden. sesuai untuk wanita berkerjaya kelihatan menawan selepas tempoh berpantang.




Set bersalin HPA mengandungi:-


1. Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

2. Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

3. Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sebagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih.
Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

5. Kapsul Wanita A.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul Asetiap pagi & malam.

6. Kapsul Wanita B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul B setiap pagi & malam.


7. Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

8. Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Info Tambahan :

1. Ubat Periuk (4 bunjut)

-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.

Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B

- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( 1 pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina

- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.



4. Minyak Barut

- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. Sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi

- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba

- Diramukan daripada pokok Centella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepat penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripadasembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh

- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Ribuan ibu bersalin telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Dengan harga serendahRM 85.00 anda akan memiliki kesihatan dan kepuasan yang berpanjangan


Kos penghantaran : RM 6.00








Saturday, July 3, 2010

Kenapa Halal Mart?

Ya...kenapa agaknya saya memilih untuk berniaga dan membuka perniagaan bercirikan Halal Mart?
Ada beberapa sebab:-

1.kebelakangan ini kita sedar akan peningkatan kesedaran Muslimin dan Muslimat tentang halalnya kandungan sesuatu produk yang dikeluarkan dan dipasarkan. Kerajaan juga semakin peka di dalam isu ini dan kerana itulah kerajaan juga mengadakan peruntukan khas demi mempromosikan produk-produk halal ini. saya percaya Muslimin dan Muslimat juga amat mementingkan kehalalan sesuatu produk yang dbeli memandangkan agama Islam sendiri menyuruhnya memakan makanan yang halal sahaja. Malah sekiranya timbul rasa syubhah..maka makanan itu juga haram dimakan.


2.Terlalu banyak produk-produk yang diragui kehalalannya di pasaran memandangkan kebanyakan produk dikeluarkan oleh orang bukan beragama Islam yang mana agama mereka tidak menyentuh tentang halal dan haram sesuatu makanan. Mereka juga berlainan agama,berlainan fahaman, mereka tidak diajar tentang haramnya babi dan anjing itu kepada orang beragama Islam.


3.Timbulnya pelbagai cerita di media massa dan elektronik tentang syarikat2 pengeluar produk yang menggunakan logo halal. ini jelas menunjukkan mereka memperlekehkan apa yang kita perjuangkan selama ini. bagi mereka logo itu hanyalah setakat logo sahaja....tiada memberi sebarang kesan bagi mereka. malah mereka merasakan ia sebagai beban kepada mereka kerana terpaksa membuat permohonan dan mengeluarkan bayaran bagi mendapatkan kelulusan tersebut.

4.bagi membantu orang Melayu sendiri untuk memasarkan produk mereka. Ya...kalau bukan kita, siapa lagi? cuba bagitahu saya...kalau orang melayu buka kedai, siapa nak masuk? ada orang cina atau india nak meluru masuk? tidak sama sekali. Kedai cina..paling ramai orang cina, india dan melayu. kedai melayu orang melayu sendiri tak masuk...saya pun pelik jugak kenapa orang melayu sendiri susah nak sokong orang melayu. saya memilih kedai ni sebab saya nak tolong pasarkan produk yang dikeluarkan oleh orang melayu sendiri terutamanya dari segi produk makanan, minuman, kesihatan, kecantikan, frozen food kerana orang melayu mampu mengeluar dan memperosesnya. dan yang penting, kita boleh gunakan tanpa was-was.


Ok..itu adalah sebab2 kenapa saya pilih Halal Mart. Akan datang saya akan masukkan produk beras cap langsat dan cap baiduri di kedai saya. kalau orang tanya kenapa saya tak masukkan beras cap tangan dan lain2 semua tu....jawapan saya adalah seperti di no. 4. Beras baiduri dan Langsat dikeluarkan oleh orang Melayu. kalau kita tak sokong, siapa lagi. Beras adalah beras...sama sahaja. datang dari pokok padi. Malah beras baiduri dan langsat lebih baik kerana ia tidak disembur bahan kimia yang bertujuan untuk mengelakkan ulat beras datang. Jadi mana yang lebih elok? makan beras yang kurang bahan kimia atau beras lain yang disembur dengan bahan kimia? Tidak cukup lagikah bahan2 kimia yang telah kita makan selama ini? wallahuallam.....