KOPI RADIX MAI SECAWAN

Saturday, July 3, 2010

Kenapa Halal Mart?

Ya...kenapa agaknya saya memilih untuk berniaga dan membuka perniagaan bercirikan Halal Mart?
Ada beberapa sebab:-

1.kebelakangan ini kita sedar akan peningkatan kesedaran Muslimin dan Muslimat tentang halalnya kandungan sesuatu produk yang dikeluarkan dan dipasarkan. Kerajaan juga semakin peka di dalam isu ini dan kerana itulah kerajaan juga mengadakan peruntukan khas demi mempromosikan produk-produk halal ini. saya percaya Muslimin dan Muslimat juga amat mementingkan kehalalan sesuatu produk yang dbeli memandangkan agama Islam sendiri menyuruhnya memakan makanan yang halal sahaja. Malah sekiranya timbul rasa syubhah..maka makanan itu juga haram dimakan.


2.Terlalu banyak produk-produk yang diragui kehalalannya di pasaran memandangkan kebanyakan produk dikeluarkan oleh orang bukan beragama Islam yang mana agama mereka tidak menyentuh tentang halal dan haram sesuatu makanan. Mereka juga berlainan agama,berlainan fahaman, mereka tidak diajar tentang haramnya babi dan anjing itu kepada orang beragama Islam.


3.Timbulnya pelbagai cerita di media massa dan elektronik tentang syarikat2 pengeluar produk yang menggunakan logo halal. ini jelas menunjukkan mereka memperlekehkan apa yang kita perjuangkan selama ini. bagi mereka logo itu hanyalah setakat logo sahaja....tiada memberi sebarang kesan bagi mereka. malah mereka merasakan ia sebagai beban kepada mereka kerana terpaksa membuat permohonan dan mengeluarkan bayaran bagi mendapatkan kelulusan tersebut.

4.bagi membantu orang Melayu sendiri untuk memasarkan produk mereka. Ya...kalau bukan kita, siapa lagi? cuba bagitahu saya...kalau orang melayu buka kedai, siapa nak masuk? ada orang cina atau india nak meluru masuk? tidak sama sekali. Kedai cina..paling ramai orang cina, india dan melayu. kedai melayu orang melayu sendiri tak masuk...saya pun pelik jugak kenapa orang melayu sendiri susah nak sokong orang melayu. saya memilih kedai ni sebab saya nak tolong pasarkan produk yang dikeluarkan oleh orang melayu sendiri terutamanya dari segi produk makanan, minuman, kesihatan, kecantikan, frozen food kerana orang melayu mampu mengeluar dan memperosesnya. dan yang penting, kita boleh gunakan tanpa was-was.


Ok..itu adalah sebab2 kenapa saya pilih Halal Mart. Akan datang saya akan masukkan produk beras cap langsat dan cap baiduri di kedai saya. kalau orang tanya kenapa saya tak masukkan beras cap tangan dan lain2 semua tu....jawapan saya adalah seperti di no. 4. Beras baiduri dan Langsat dikeluarkan oleh orang Melayu. kalau kita tak sokong, siapa lagi. Beras adalah beras...sama sahaja. datang dari pokok padi. Malah beras baiduri dan langsat lebih baik kerana ia tidak disembur bahan kimia yang bertujuan untuk mengelakkan ulat beras datang. Jadi mana yang lebih elok? makan beras yang kurang bahan kimia atau beras lain yang disembur dengan bahan kimia? Tidak cukup lagikah bahan2 kimia yang telah kita makan selama ini? wallahuallam.....

No comments:

Post a Comment